Kerjaya pra-pemerintahan Willem-Alexander_dari_Belanda

Ketenteraan

Baginda menyertai Tentera Laut Diraja Belanda setelah melepasi persekolahan menengah dari Ogos 1985 sampai Januari 1987, di mana baginda menerima latihannya di Koninklijk Instituut voor de Marine, fregat HNLMS Tromp dan HNLMS Abraham Crijnssen. Pada tahun 1988, baginda menerima pelatihan tambahan di kapal HNLMS Van Kinsbergen dan menjadi seorang Leftenan Kedua.[8]

Dalam pasukan simpanan Tentera Laut Diraja Belanda, Willem-Alexander dinaikkan pangkat menjadi MejarLaut pada tahun 1995, kemudiannya ke Leftenan Kolonel Laut pada 1997, Kolonel Laut pada 2001, dan Komodor (Laksamana Pertama) pada 2005. Dalam pasukan simpanan Tentera Darat Diraja Belanda, baginda menjadi mejar pada 1995, dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel pada 1997, Kolonel pada 2001 dan Brigadir Jeneral pada 2005. Dalam pasukan simpanan Tentera Udara Diraja Belanda, Baginda menjadi Komandan Skuadron pada 1995 dan dinaikkan pangkat menjadi Komodor Udara pada 2005. Sebagai pasukan pendukung Kepolisian Belanda, baginda menjadi Brigadir Jenderal pada tahun 2005.[6]

Sebagai bagian dari tugas kerajaannya, baginda memegang jabatan di Angkatan Darat (sebagai Brigadir), Angkatan Laut (sebagai komandan), dan Angkatan Udara Belanda (sebagai komodor),[9] dan baginda melepas jabatan tersebut atas kenaikan takhtanya.

Kesukanan

Baginda terlibat dalam maraton luncur ais Elfstedentocht di bawah nama "W.A. van Buren" pada tahun 1986.[10] Baginda turut menyertai New York City Marathon dengan nama samaran yang sama pada tahun 1992.[11]

Baginda adalah penaung Jawatankuasa Olimpik Belanda hingga 1998 sebelum baginda dipilih menganggotai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Untuk , Baginda turut menyatakan dukungannya dengan menganjurkan tawaran untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2028 di Belanda sempena memperingati ulang tahun ke-100 Sukan Olimpik Musim Panas diadakan di Amsterdam.[12]

Kerjaya lain

Baginda raja begitu tertarik pada masalah pengelolaan air. Baginda adalah anggota kehormatan dari Suruhanjaya Air Dunia untuk Abad ke-21 dan pendukung Kerjasama Air Dunia (Global Water Partnership), suatu badan yang dibentuk oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Kementerian Pembangunan Sweden. Baginda juga dilantik sebagai Ketua Dewan Penasihat Setiausaha Agung PBB dalam Pengurusan Air dan Sanitasi pada tanggal 12 Disember 2006.[13]

Baginda juga merupakan seorang juruterbang di bawah KLM selama 21 tahun, mulanya dengan pesawat Fokker 70 kemudiannya dengan pesawat Boeing 737, bahkan baginda meneruskan kerja tersebut selepas pertabalan baginda sehingga tidak ramai yang mengenalpasti baginda dalam kokpit.[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Willem-Alexander_dari_Belanda http://www.gamesbids.com/eng/olympic_bids/future_b... http://www.parlement.com/9353000/1f/j9vvhy5i95k8zx... http://news.sky.com/story/dutch-king-reveals-doubl... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://925.nl/archief/2009/11/05/prins-willem-alex... http://www.defensie.nl/english/latest/news/2013/03... http://www.koninklijkhuis.nl/Speciale_webpagina_s/... http://www.koninklijkhuis.nl/encyclopedie/wie-is-w... http://www.koninklijkhuis.nl/english/Who_s_who/The... http://www.koninklijkhuis.nl/english/Who_s_who/The...